Wednesday 1 May 2013

TAMADUN MESIR PURBA


Lokasi

·         Dianggap anugerah daripada Sungai Nil.
·         Sungai Nil mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean.
·         Lahir di tebing sungai.
·         Sungai  berpunca daripada 2 sungai : -
o   Sungai Nil Biru (bermula dari Tanah Tinggi di Ethiopia)
o   Sungai Nil Putih (bermula dari tasik Victoria di Uganda)

·         Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang & berpadang pasir berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kpd dataran subur.
·         Tanah lanar berjaya membentuk delta yang subur. (pertanian & petempatan manusia)


Kerangka Masa

·         Berkembang pada Zaman Neolitik (10 000  S.M.-5000 S.M.)
·         Pada sekitar tahun 3500 S.M., wilayah di persekitaran delta & di bahagian pertengahan Mesir – berkembang menjadi pusat tamadun awal.
·         Terbahagi kepada 4 tahap : –
-          Awal (3100- 2200 S.M.)
-          Pertengahan (2040-1785 S.M.)
-          Empayar (1570-1085S.M.)
-          Keruntuhan (1085-322 S.M.)


·         Tempoh peralihan yang lama dari keruntuhan hingga penubuhan kerajaan baru.
·         Zaman Empayar ialah zaman kegemilangan.
·         Mesir Purba mengalami zaman kejatuhan apabila dikuasai oleh orang asing.
-          Libya (1100 – 947 S.M.)
-          Kush (730 – 670 S.M.)
-          Assyria (663 – 609 S.M.)
-          Parsi (525 S.M.)
-          Yunani (332 – 30 S.M)
-          Rom (30 S.M.)

Proses Pembentukan

·         Manusia yang mendiami Lembah Nil mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam (tahun 5000 S.M.)
·         Pembinaan sistem perparitan dan pengairan yang baik untuk pertanian dengan penggunaan alat logam.
·         Peralatan kawalan air & terusan yang baik untuk meninggikan nilai kesuburan tanah.
·         Ini dilakukan untuk mendirikan petempatan tetap yang berteraskan pertanian.
·         Petempatan tetap => Perkampungan => Bandar
·         Gabungan kampung membentuk nome atau daerah.
·         Kesemua nome disatukan menjadi bandar sebagai pusat pentadbiran.

Ciri-ciri Tamadun Mesir Purba

Ciri-ciri negara kota

·         Firaun Menes Berjaya menyatukan nome menjadi sebuah kerajaan.
·         Pusat pentadbiran di Bandar Thinis (bahagian tengah Sungai Nil) diasaskan oleh Firaun Menes  =>  bandar Memphis(hamper dengan delta Sungai Nil).
·         Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran pindah ke Bandar Thebes.
·         Bandar penting : -
-          Heliopolis
-          Fayoum
-          Abydos

· Kehidupan di bandar merupakan ciri penting sebagai tempat kediaman firaun, pusat pemerintahan & pentadbiran dan juga pelabuhan penting.
·Bandar juga pusat keagamaan & pusat tumpuan penduduk.

Peranan Firaun

·         Diketuai Firaun dalam kehidupan berorganisasi masyarakat Mesir (dianggap suci)
·         Jawatan Firaun diwarisi turun-temurun. (dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus)
·         Semasa pemerintahan dinasti ke-3 dan ke-4, Firaun dipercayai anak Tuhan Matahari iaitu Amon-Re.
·         Firaun juga : -
-          ketua pendeta
-          pemilik tanah
-          ketua hakim
-          ketua pahlawan

·         Selepas firaun ialah golongan bangsawan, rahib, tuan tanah, & jurutulis diikuti golongan rakyat bebas (petani, pedagang, artisan) dan terkebawah iaitu hamba.


Sistem Pemerintahan

·         Raja/firaun menerajui sistem pemerintahan Mesir Purba
·         Dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus & mengagihkan penghasilan makanan di dalam Negara.
·         Golongan bangsawan – pegawai, penasihat & gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki.
·         Rahib mentadbir hal keagamaan.
·         Jurutulis yang terdiri daripada orang awam dilantik untuk menulis rekod kerajaan bagi membantu urusan pentadbiran.
·         Mengiktiraf wanita sebagai pemimpin.
·         Firaun Hatshepsut, seorang firaun wanita dilantik pada zaman Empayar.
·         Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan
·         Pembinaan terusan.
·         Penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.
·         Menunjukkan wanita mampu memerintah kerajaan berbentuk empayar meliputi kawasan yang luas.
·         Kerajaan Mesir Purba merupakan kerajaan berbentuk empayar meliputi kawasan yang luas.

    Jenis-jenis pekerjaan

·         Pengkhususan kerja mewujudkan Mesir Purba yang berkembang maju.
·         Eksport : tekstil, kertas
·         Di kawasan Nubia, perlombongan emas dilakukan.
·         Pengangkutan air berperanan penting
·         Sg. Nil yang lebar & dalam membolehkan kapal-kapal berlabuh seperti di pelabuhan Thebes, Memphis, Fayoum dan Heliopolis.
·         Sistem pemerintahan terancang dapat menarik pedagang-pedagang singgah di pelabuhan Mesir Purba.

    Sistem kepercayaan

·         Orang Mesir Purba menyembah banyak Tuhan atau percaya kepada konsep politeisme.
·         Tuhan-tuhan masyarakat Mesir Purba dikaitkan dengan Re (tuhan matahari), Ra-Atum (tuhan langit) dan Amun (tuhan angin).
·         Masyarakat Mesir Purba percaya akan kehidupan selepas mati.
·         Oleh itu, mayat perlu dijaga dengan teliti.
·         Mayat diiringi barangan serta kelengkapan kehidupan selepas mati.
·         Solekan mayat, alat kebesaran dan jumlah barangan yang dikebumikan bersama akan menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.


    Sistem tulisan
·         Tulisan hieroglif ialah tulisan masyarakat tamadun Mesir Purba. Tulisan ini berasaskan kombinasi gambar dan symbol yang berdasarkan bunyi.
·         Tulisan ini digunakan untuk mencatatkan pengutipan cukai dan merekodkan aktiviti pertanian.
·         Tulisan ini juga digunakan untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.




 Sumbangan tamadun Mesir Purba

Seni bina
1. Piramid merupakan sumbangan utama tamadun Mesir dalam seni bina.
           x Pembinaan pyramid dimulakan oleh Imhotep yang menjadi penasihat penting Firaun Djoser  (3150 S.M).
           x Imhotep seorang ahli sains, ahli fizik, arkitek dan tokoh perubatan yang terkenal. Beliau juga          mengarang banyak buku sains dan sastera.
           x Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan                           menggunakan batu bata.
2. Pembinaan pyramid Sakkara merupakan sumbangan terbesar Imhotep.
           X Piramid ini merupakan pyramid yang tertua.
           X Dibina untuk Firaun Djoser.



 Sistem pendidikan
1. Sistem pendidikan untuk kanak-kanak diwujudkan khusus untuk keluarga atasan.
2. Pendidikan diberikan sejak umur yang rendah lagi.
3. Institusi pendidikan biasanya merupakan sebahagian daripada rumah ibadat yang diuruskan oleh golongan pendeta dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.
4. Tujuan pendidikan adalah untuk melahirkan golongan pegawai kerajaan, terutama jurutulis.
5. Ilmu geometri, matematik dan sains diajar untuk melahirkan ramai pegawai yang mampu menguruskan hal pertanian, pengawalan Sg. Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.

Sistem tulisan
1. Kemajuan pendidikan dan penggunaan kertas merupakan pencapaian utama tamadun Mesir Purba.
2. Pencapaian ini adalah hasil kebijaksanaan masyarakat Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus. Pokok ini tumbuh di Lembah Nil.
3. Kertas digunakan untuk menggantikan kepingan batu bata.
4. Sistem tulisan masyarakat Mesir Purba ialah hieroglif. Melalui tulisan yang terpahat pada makam dan batu, keagungan tamdun Mesir Purba dapat dibaca,
5. Tulisan ini berkembang menjadi tulisan hieratik (tulisan berangkai) dan selanjutnya tulisan demotik pada tahun 700 S.M.

Pokok Papyrus


Sains dan teknologi
1. Masyarakat Mesir maju dalam bidang perubatan.
           X Pengamal perubatan diberi status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba
           X Pengamal perubatan memberi khidmat untuk firaun dan masyarakat Mesir Purba.
2. Satu bidang perubatan Mesir Purba yang penting ialah proses memumiakan mayat. Proses ini penting kerana berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba.
3. Kemahiran masyarakat Mesir Purba dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan telah memberi sumbangan besar kepada perkembanga ilmu manusia.
4. Pengawalan aliran sungai merupakan aspek penting kepada keagungan tamadun Mesir Purba.
5. Dalam usaha masyarakat Mesir Purba mengawal banjir di Sungai Nil, ilmu matematik seperti algebra, geometri dan astronomi digunakan.
6. Pengetahuan dalam astronomi dan matematik juga membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.
7. Sistem pengairan dibina untuk mengatasi masalah pertanian, iaitu menukarkan padang pasir menjadi kawasan yang subur.
8. Usaha ini telah dilakukan oleh Firaun Senuusret III.
           X Beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 km bagi menebus guna kawasan padang pasir.
           X Pembinaan terusan dilakukan untuk mengairi kawasan seluas 10000 hektar.












6 comments:

  1. saya ada manuskrip original mesir kuno hubungi saya 0199245138

    ReplyDelete
  2. Kegemilangan tamadun mesir purba berkait rapat dengan kemajuan pendidikan. Jelaskan

    ReplyDelete
  3. Lucky Club: Casino site that is licensed and legal in
    Lucky Club is an online casino for gamblers and sports bettors from all over the world. You can also play casino games, scratch cards and 카지노사이트luckclub scratch cards on

    ReplyDelete
  4. Harrah's Lake Tahoe Casino - Mapyro
    Harrah's Lake 공주 출장마사지 Tahoe Casino 이천 출장샵 in Stateline, NV - Find 인천광역 출장샵 reviews, photos and prices for Harrah's Lake Tahoe in Stateline, NV - 청주 출장안마 Use this simple form 포천 출장마사지 to find

    ReplyDelete